
16 Mei 2026 – Atas kesedaran menyubur dan mengekalkan keharmonian masyarakat pelbagai bangsa dan agama berterusan, ABIM dan Friendship Group for Inter-Religious Service (FGIS) telah menganjurkan Dialog Antara Agama mengenai Perpaduan Nasional di Dewan Tun Hamdan Sheikh Tahir, Wisma Merdeka, Kuala Lumpur.
Mengangkat tema “Perpaduan – Tanggungjawab Kolektif Kita”, himpunan ini dihadiri pemimpin pelbagai agama, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan belia dan juga masyarakat awam. Perkongsian pandangan dan perancangan praktikal bagi mengukuhkan kefahaman dan toleransi antara kaum turut diadakan secara berkumpulan.
Program ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak kolaborasi positif demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera. Sesungguhnya usaha menyatupadukan bangsa memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak.
