
3hb April 2021 (Jumaat): Saat hari ini kita menerima suatu pemberian, ada suatu ketika Tuhan pasti mengajar untuk kita mula belajar memberi. Ini merupakan intipati daripada KSSB untuk menerbitkan rasa cakna dan semangat sukarelawan dalam kalangan masyarakat.
Bahkan dalam keadaan tertentu, dari biasa memberi, kita mungkin diajar pula menerima kebaikan orang kepada kita.
Alhamdulillah, ABIM bersama edotco Group (Global) & Malaysia Branch dengan Kerjasama Yayasan Orang Buta Malaysia (YOBM) telah menyerahkan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada 100 buah keluarga OKU Penglihatan di Dewan Pusat Rukun Tetangga, Brickfields, Kuala Lumpur.

Sumbangan telah disampaikan oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz (gambar atas) di samping beberapa pimpinan ABIM yang turut hadir ke majlis penyampaian sumbangan ini yang dilangsungkan dalam sop kebersihan kendiri yang sangat ketat. Para penerima juga dibantu oleh sukarelawan untuk sama-sama mengangkat barang sumbangan kssb (gambar bawah).


