Mengenang Almarhum Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Diya Che Jusoh, wira yang berjasa

November 3, 2021
editor@abim

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Pegawai Bomba Kanan (PBK) II (KUP) Mohd Diya Che Jusoh, anggota bomba yang dilaporkan lemas ketika cuba menyelamatkan mangsa banjir di Kampung Sungai Putat.

Almarhum, 46, disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Melaka, pada 20hb Oktober 2021 lalu.

Jenazah Almarhum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Krubong, Melaka, pada jam 11:50 pagi.

Almarhum meninggalkan isteri, Puan Noraida Che Nor bersama empat anak berusia antara sembilan hingga 18 tahun.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih. InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo