ABIM Anjur Fit Masjid Di Negeri Sembilan & Terengganu - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Anjur Fit Masjid Di Negeri Sembilan & Terengganu

10-12 November 2016:- Kementerian Belia & Sukan & Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan program Fit Masjid di Masjid Al-Islah Limbongan, (Terengganu) serta Masjid At-Taqwa, Paroi (Negeri Sembilan). Program yang dianjurkan bersama dengan jawatankuasa pengelola masjid-masjid berkenaan adalah bertujuan untuk mempromosikan gaya hidup sihat dengan menjadikan masjid sebagai pusat penting aktiviti kemasyarakatan yang diimarahkan dalam kalangan generasi muda.