ABIM ANJUR ISLAM & BUDDHISM ECO DIALOGUE (IBED 2022)

January 3, 2022
editor@abim

Kenyataan Media
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) 3 Januari 2021 / 29 Jamadil Awal 1443 H

ABIM ANJUR ISLAM & BUDDHISM ECO DIALOGUE (IBED 2022)

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat isu darurat iklim yang melanda dunia hari ini. ABIM menegaskan bencana-bencana besar yang berlaku termasuk yang sedang dihadapi rakyat negara ini adalah impak daripada perubahan iklim yang berlaku di seluruh dunia.

Kita harus sedar bahawa fenomena yang mencetuskan kegawatan iklim ini adalah kesan daripada kerakusan kita mengorbankan keseimbangan alam sekitar secara semberono.

Antara natijah nyata daripada perubahan iklim dunia ini ialah taburan hujan turun di luar jangka, serta pemanasan global yang memberikan kesan kepada kehidupan kita.

Justeru, atas kesedaran tersebut ABIM bersama Tibetan Buddhist Culture Centre (TBCC), Universiti Malaya (UM) serta beberapa rakan kerjasama berhasrat menganjurkan dialog antarabangsa Islam & Buddhism Eco Dialogue (IBED 2022) dengan menampilkan tokoh-tokoh intelektual dunia dari agama Islam dan Buddha sebagai salah satu cara mencari solusi kepada impak perubahan iklim selain memberi kesedaran kepada warga dunia sejagat.


Sdra. Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

Antara tokoh yang diundang termasuk His Holiness Dalai Lama ke-14 Tenzin Gyatso (Dalai Lama), Prof Emeritus Dato’ Dr Osman Bakar, Dr Reza Shah Kazemi, Ven Prof Dr K.L Dhammajoti, Ven Dr Bhikkhuni Dhammananda, serta Dato’ Prof Dr Azizan Baharudin.

Program tersebut bakal diadakan pada 15 & 16 Januari 2022. Untuk pendaftaran dan makluman terperinci boleh dibuat dengan merujuk ke pautan www.ibedconf.com.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM berharap agar tahun 2022 bakal menjadi detik yang lebih baik buat seluruh warga dunia untuk sama-sama menangani isu keadilan iklim ini dengan lebih baik.

Muhammad Faisal Abdul Aziz
Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) &
Penyelaras Malaysian Interfaith Climate Change Network (MICCN)
.

#HidupBersamaDalamBudayaDamai #SebarkanSalam

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR