ABIM Johor Anjur Program SEKATA

May 11, 2015
editor-media

6 Mei 2015. Rabu. SMK Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor:-Alhamdulillah, fasa kedua program ketiga penganjuran SEKATA oleh LPPKN pusat dan Abim Pusat berjaya diadakan dengan ABIM JOHOR selaku tuan rumah. Kehadiran menjangkau 247 remaja perempuan berusia seawal 13 hingga 16 tahun. Dan proses mendidik serta membangun diri remaja berlangsung lagi. Tahniah ABIM Johor, team Helwa yang sangat komited dan bertenaga dalam memastikan kelancaran SEKATA peringkat Negeri Johor dilaksanakan dengan jayanya. Ustaz Ab Razak Aripin hadir sebagai penceramah ketiga dengan tumpuan kepada modul abstinen dalam kalangan remaja. Tahniah juga kepada LPPKN Johor yang turut bersama sejak awal program bermula. Pengarah LPPKN Johor turut hadir berkongsi motivasi sekaligus menutup program SEKATA kali ini.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo