ABIM Menerangkan Ramadhan & Islam Kepada Agama Lain Melalui FGIS - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Menerangkan Ramadhan & Islam Kepada Agama Lain Melalui FGIS

Putrajaya, 16 Julai 2014: Berbeza agama bukan halangan kongsi nikmat Ramadan Isu melibatkan agama Islam dan juga komuniti bukan Islam, terutama penganut agama Kristian sebelum ini menjadi isu hangat dalam negara dan dilihat daripada perspektif negatif, apatah lagi apabila membabitkan isu rampasan Bible dan penggunaan kalimah Allah.

Namun, sekumpulan individu daripada Kumpulan Persahabatan Khidmat Antara Agama (FGIS) melihatnya menerusi sudut berbeza, daripada mencari perbezaan dan bertelagah, mereka mencari alasan untuk bersatu sempena Ramadan kali ini. Berkumpul buat kali kedua di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, selepas program memperingati kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sebelum ini, mereka menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) demi memahami Islam dan mencari nilai murni Islam sempena Ramadan. Majlis Berbuka Puasa Muhibbah itu turut dihadiri imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin; Datuk J Jegathesan mewakili komuniti Sai Baba; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Mohamed Maliki Mohamed Rapiee; wakil dari Council of Churches Malaysia (CCM); Ven Saranankara dari Sentul Buddhist Vihara; wakil Subang Jaya Buddhist Vihara, dan Hindu Sanggam Council. (sedutan tulisan MalaysianInsider)