ABIM Besut & MRA Terengganu Salur Bantuan Segera Untuk Mangsa Banjir

March 1, 2022
editor@abim

ABIM Besut & MRA Terengganu Salur Bantuan Segera Untuk Mangsa Banjir

Alhamdulillah, ABIM Daerah Besut dan MRA Terengganu bersama rakan strategik belia MAYC serta Kelab Basikal HBTC telah menggerakkan bantuan banjir ke kawasan Hulu Besut dan Hulu Terengganu.

100 kotak air mineral dan pek makanan diagihkan untuk mangsa banjir khususnya di kawasan PPS sedia ada. Sebanyak 7 buah bot ‘fibre’ bersaiz sederhana telah dihantar ke Hulu Terengganu untuk membantu misi menyelamat dan mengenalpasti keperluan di sana.

Misi bantuan ini telah mendapat kebenaran dan melakukan koordinasi menyelamat bersama IPD Hulu Terengganu. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala permudahkan dan lancarkan urusan kita semua dalam misi pasca bantuan banjir ini. Salurkan sumbangan anda ke:

5630 1929 3415 (Maybank) Malaysian Relief (Reff: Banjir)

Terima kasih semua penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki untuk mereka yang memerlukan.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR