ABIM Besut Pesat Bentuk Generasi Hasanah

June 23, 2012
hafiz@cyberoket

22-23 Jun 2012:-  Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Besut, Terengganu telah mengadakan Kem Motivasi Keibubapaan sempena Muktamar ABIM Daerah Besut Ke-37 baru-baru ini. Kedua-dua program tersebut diadakan di Kompleks Rakan Muda Besut, Terengganu Darul Iman. Muktamar didahului dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Dipertua ABIM Daerah Besut, Ustaz Zaiman Mansor dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Yang Di Pertua ABIM Terengganu, Saudara Zukiefree Ibrahim.

Walaupun dipelopori dengan barisan kepimpinan muda serta kesibukan mengembangkan kerjaya, ia tidak menghalang samasekli ABIM Daerah Besut dari menaungi penduduk-penduduk daerah Besut dengan aktivisme dakwahnya terutama sekali menerusi  Skuad Elit ABIM Besut.

 

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR