ABIM Besut sertai Hiking Muhibbah Sukarelawan 2022 bersama Majlis Belia Daerah Besut

January 15, 2022
editor@abim

Alhamdulillah, pada 14hb Januari 2022, ABIM Besut telah menyertai Program Hiking Muhibbah Sukarelawan 2022 Majlis Belia Daerah Besut bersama sukarelawan Badan Gabungan. Antara yang menyertai adalah para aktivis MAYC Daerah Besut dan Gerakan Belia 4B Pachakan yang bertempat di Bukit Keluang.

Perasmian oleh Dato Husaimi Hussin, Pengerusi Ketengah Jaya Sdn Bhd. Turut hadir sama Encik Wan Mahazani, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Besut. Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin Besut yang mesra belia.

Antara pengisian adalah, gimik pelancaran Skuad Sukarelawan MAYC Besut dan mendaki bukit sambil mengutip sampah di sepanjang laluan mendaki dan jamuan barbeku.

Kami barisan belia akan terus berkerjasama dengan semua pemimpin Daerah Besut demi pembangunan dan kemajuan belia bersama.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti #MenggerakBelia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR