ABIM & DELEGASI DUTA KESATUAN EROPAH (EU) ADAKAN LAWATAN KE MASJID WILAYAH
11hb Mac 2022: Alhamdulillah, Sdra. Adli Zakuan Zairakithnaini (Naib Presiden ABIM) turut bersama delegasi Duta Kesatuan Eropah (EU) dalam lawatan ke Masjid Wilayah Persekutuan. Turut hadir bersama dalam majlis ini ialah Imam Besar iaitu Tuan Haji Muhyidin Bin Azizi @ Saari, Hidayah Centre Foundation dan barisan ahli jawatankuasa yang lain.
Majlis dialog sebegini amat penting dalam mewujudkan persefahaman dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum terutamanya di Malaysia. Penghargaan setulus hati buat Imam Besar atas layanan mesra dan dialog yang menarik.
Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti