ABIM Gesa Hentikan Polemik RUU 355 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Gesa Hentikan Polemik RUU 355

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat penyiaran karikatur monyet menggambarkan tokoh-tokoh tertentu yang berkaitan dengan isu pindaan RUU 355.

Penyiaran karikatur menerusi akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau dinilai tidak sensitif terhadap sentimen semasa mengenai RUU 355 dan dikhuatiri hanya akan memanjangkan polemik tersebut meskipun permohonan maaf telah dikemukakan. Seharusnya pihak media perlu berpegang kepada etika kewartawanan murni untuk mendidik masyarakat mengenai RUU 355 tanpa dipolemikkan sebagai bahan sensasi.

Mengambil kesempatan ini; ABIM juga menggesa ahli-ahli politik untuk menjaga tutur kata dalam komentar terutama sekali membabitkan isu pindaan RUU 355.

Mereka seharus menampilkan sikap dan perilaku sebagai pemimpin masyarakat secara sopan kerana ia akan diteladani dan serta memberi kesan kepada pembangunan moral generasi muda.

Akhir sekali; ABIM menggesa agar perkembangan pesat interaksi antara agama yang berlangsung secara positif dan muhibbah di negara ini dijadikan wahana untuk mengelakkan berlarutnya sebarang polemik antara agama yang tidak dikehendaki.

Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). .

APA Kata ABIM Mengenai RUU 355:- 

1) Isu Pembentangan RUU 355 Di Parlimen & Perundangan Islam : ABIM Gesa Kewaspadaan Semua Pihak

2)