ABIM Gesa Segerakan Pengasingan Kuasa Pendakwa Raya & Peguam Negara

September 4, 2023
Admin Abim

Kenyataan Media – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

4 September 2023 / 18 Safar 1445 H

ABIM GESA SEGERAKAN PENGASINGAN KUASA PENDAKWA RAYA & PEGUAM NEGARA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada tindakan pihak Peguam Negara menerusi Timbalan Pendakwa Raya yang memohon untuk menarik semula kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkaitan 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.

ABIM menggesa agar Pejabat Peguam Negara memberikan penjelasan di sebalik keputusan ini dibuat bagi mengelak seberang salah faham dan menghentikan sebarang spekulasi yang berpotensi memberi kesan terhadap persepsi masyarakat awam terhadap sistem keadilan negara.

Dalam masa sama, ABIM turut menggesa iltizam untuk menstruktur semula kuasa pendakwaan dengan pengasingan kuasa antara Pendakwa Raya dan Pejabat Peguam Negara dapat direalisasikan dengan kadar segera bagi mengelak sebarang bayang-bayang keraguan dalam tindakan yang dibuat oleh Pendakwa Raya dalam pendakwaan.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR