ABIM & GPM BANTAH TINDAKAN KERAJAAN UK MELABELKAN HAMAS SEBAGAI GERAKAN PENGGANAS
14hb Januari 2022: Alhamdulillah, kira-kira 20 Badan Masyarakat Madani (CSO) Islam dari Malaysia dan beberapa negara lain hari ini menghantar nota bantahan kepada Setiausaha Dalam Negeri United Kingdom (UK), Priti Patel berhubung keputusan kerajaan Britain menganggap Hamas sebagai “pertubuhan pengganas”.
Surat itu diserahkan melalui Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur.
CSO yang terlibat termasuk Malaysia for Palestine, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Semboyan, Sekretariat Majlis Ulama Asia, Alliance of World Masaajid in Defense of Al-Aqsa, Pusat Advokasi Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia (PAHAM), Pertubuhan Kemanusiaan dan Keadilan Kemboja, Pusat Tasawwur Islam Antarabangsa, serta Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dari Kemboja, Malaysia, Myanmar, Filipina dan Thailand.
ABIM membantah dan menentang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Britain yang melabelkan Hamas sebagai sebuah gerakan pengganas. Pelabelan tersebut jelas menunjukkan bahawa UK adalah kerajaan pro-Zionis yang menyokong tindakan menekan dan menindas rakyat Palestin.
Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/