ABIM Johor Edar Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Sekitar Segamat & Batu Pahat

March 7, 2023
Admin Abim

ABIM JOHOR EDAR BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI SEKITAR SEGAMAT & BATU PAHAT

7hb Mac 2023 (Selasa): Alhamdulillah, ABIM Johor telah mengagihkan serahan sumbangan banjir berbentuk makanan kering di Kampung Spang Loi, Batu Anam, Segamat. Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan daripada Maahad Tahfiz Sains Darul Ilmi, Gelang Cincin, Segamat.

Penyerahan sumbangan banjir turut dibuat di RnR Yong Peng kepada penduduk sekitar yang terkandas di sana. Selain itu, ABIM Johor juga menggerakkan bantuan banjir di Pusat Pengumpulan TASKI Parit Raja, Taman Maju, Batu Pahat sekitar jam 1 pagi, 7hb Mac 2023 (Selasa).

Terdahulu, pada 6hb Mac 2023 (Isnin), ABIM Johor telah melakukan serahan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di PPS Felcra Sri Wangi, Sri Medan, Batu Pahat.

Bantuan kewangan, pengangkutan dan sukarelawan amat diperlukan ketika ini. Boleh terus hadir ke TASKI Parit Raja, Taman Maju atau berhubung dengan Puan Khadijah: 019-7088228 untuk sebarang maklumat lanjut.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat. Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan memberi ganjaran besar kepada para penyumbang yang budiman.

•••

Ayuh bersama-sama kami membantu meringankan beban mereka. Sumbangan boleh disalurkan melalui:

Tabung Prihatin

Bank Islam: 01014010045659

Rujukan : banjir@johor

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian:

📞 Pejabat Sekretariat : http://www.wasap.my/60184740443/SumbanganBanjir2023

📞 Ketua Sekretariat : http://www.wasap.my/60137890079/SumbanganBanjir2023

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR