ABIM Johor Mula Salurkan Sumbangan KSSB Dengan SOP Yang Ketat.

April 13, 2021
editor-media

launching KSSB Johor 2021

1 April 2021: ABIM Negeri Johor telah menyampaikan sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) kepada 50 orang penerima (asnaf) dalam suasana SOP meliputi penjarakkan fizikal dan menjaga kebersihan kendiri. Majlis penyampaian ini dijayakan dengan kerjasama Masjid Asmaul Husna, Bandar Uda Utama.

sop launching KSSB Johor 2021

Sebelum majlis penyampaian itu bertempat di Sekretariat ABIM Bandar Baru Uda, seramai 7 orang sukarelawan ABIM Johor telah berkumpul bagi membungkus set bantuan makanan untuk majlis penyampaian ini.

 

 

 

persiapan KSSB Johor 2021

persiapan KSSB Johor 2021 no 2

ABIM Johor amat berbesar dengan sumbangan beg daripada Yayasan Pelajaran Mara diserahkan kepada anak-anak asnaf.

Turut hadir Tn Hj Azman Mudin, Ketua Kg Mukim Telok Serdang, Tn Hj Md Sallehen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Tn Hj Salleh Sohol, Pengerusi Masjid.

Semoga sumbangan yang telah disampaikan dapat meringankan beban tanggungan mereka. Hanya Allah yang dapat membalas jasa penyumbang- penyumbang.

Kami mengalu-alukan sumbangan dari pihak tuan/puan bagi fasa-fasa seterusnya. Sumbangan tersebut boleh disalurkan ke akaun :-

TABUNG PRIHATIN

(Bank Islam Malaysia Berhad)

01014010045659

Reff : KSSB2021

Sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi

0177680429- Nadia

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR