ABIM KECAM AGENDA KEGANASAN DAN EKSTREMISME BJP INDIA

June 10, 2022
editor@abim

Kenyataan Media – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

ABIM KECAM AGENDA KEGANASAN DAN EKSTREMISME BJP INDIA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memantau dasar-dasar dan sikap kerajaan pimpinan Bharatiya Janata Party (BJP) India yang anti Islam yang semakin hari semakin memuncak hari ini. Terbaharu, sikap yang dinyatakan oleh pemimpin BJP yang secara terbuka menghina Nabi Muhammad ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam.

ABIM menegaskan, sikap anti Islam ini bukan sesuatu yang baharu tetapi ia adalah lanjutan dari dasar perkauman sempit serta pemikiran ekstremis Hindu yang sebati dalam kalangan pemimpin BJP.

Dasar seperti Citizenship Amendment Act (CAA) yang menarik semula kerakyatan Umat Islam di wilayah Utara India khususnya wilayah Assam pada tahun 1955, diikuti pembinaan kem tahanan di Assam untuk golongan ‘stateless” atau tidak mempunyai negara, pengharaman Hijab di institut Pendidikan di wilayah Karnataka, selain kekejaman berterusan kerajaan India ke atas Umat Islam di wilayah Kashmir adalah bukti sikap pelampau agama kerajaan BJP India yang sengaja ingin mencetuskan keganasan antara agama.

Dasar dan sikap sebegini sudah cukup untuk menuntut negara-negara di seluruh dunia serta pertubuhan hak asasi dunia untuk mengecam kerajaan pelampau Hindu yang memerintah India serta mengistiharkan BJP sebagai organisasi yang mempelopori keganasan agama.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti


Liputan media:

  1. https://www.malaysiakini.com/letters/623858;
  2. https://www.sinarharian.com.my/article/205946/BERITA/Nasional/Dasar-sikap-BJP-harus-dikecam-seluruh-dunia;
  3.  https://www.getaran.my/artikel/semasa/24904/malaysia-perlu-bertegas-kecam-pemimpin-india-anti-islam?fbclid=IwAR3O4EprNbjcTM8-cS_FFYSS_wDbqYb_-abSibSK0837XjctnR5Geudb0VU&fs=e&s=cl.
Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR