ABIM Kedah Latih Sukarelawan Sebagai Persediaan Hadapi Bencana di Tasik Beris, Sik

March 12, 2022
editor@abim

ABIM KEDAH LATIH SUKARELAWAN SEBAGAI PERSEDIAAN HADAPI BENCANA DI TASIK BERIS, SIK

Alhamdulillah, telah berlangsung Kem Latihan Bencana Siri 1/2022 bermula 1hb Februari sehingga 4hb Februari 2022 hasil kerjasama antara ABIM Kedah, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Bulan Sabit Merah Malaysia. Program yang di laksanakan di Tapak Kem Rekreasi ABIM (TERAB), di Tasik Beris Sik adalah program sulung yang dilaksanakan ditepian tasik tersebut dan akan dibuka sebagai Kem latihan selepas ini.

Peserta didedahkan dengan pelbagai ilmu baru tentang pengurusan bencana, pertolongan cemas, pengendalian pacuan 4 roda dan siri -siri survival sukarelawan hadapi bencana. Sesungguhnya, ABIM Kedah komited untuk melatih sukarelawan professional supaya lebih bersedia dalam mendepani pelbagai cabaran. Tahun ini genap 50 Tahun ABIM Kedah dalam misi ‘Gerakan Ilmu Dan Bakti’


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR