ABIM Kendali Latihan Dakwah Lapangan

May 20, 2012
Sekretariat ABIM Pusat

18-20 Mei 2012 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan program latihan sukarelawan muda ABIM di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Sepanjang program latihan, para sukarelawan muda ABIM didedahkan dengan pengalaman sebenar bergaul dengan pelbagai jenis golongan masyarakat seperti mana yang diakui sendiri oleh salah seorang sukarelawan muda ABIM:.

sudah tercatat satu lagi dalam diari hidup saya..pengalaman dakwah yang REAL! bertemu secara langsung gelandangan di sekitar kuala Lumpur dimana latar hidup mereka pernah menjadi pekerja seks,penagih dadah dan bekas banduan,begitu indah rasanya penerimaan mereka setelah kami hadir sebagai “keluarga” mereka dikala masyarakat memandang mereka dengan pandangan yang jijik..insyaAllah saya akan mempertingkatkan skill saya untuk menjadi aktivis yang bukan sahaja tahu berusrah dan bertamrin tetapi sanggup berkorban untuk lapangan “jalanan” bersama golongan yang bekeperluan..”

Terdahulu, sebelum turun ke lapangan para sukarelawan muda ABIM terdahulu mengikuti sessi induksi khas yang dikendalikan oleh Encik Kamaruddin Kassim dari Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (UNGGAS), Puan Maria Kamel (Ketua Biro Pembangunan Sosial ABIM), serta Saudara Fauwwaz Hasbullah (jurulatih aktivis sosial ABIM). Para peserta kemudian bergerak ke kawasan sekitar bandaraya Kuala Lumpur untuk aktiviti dakwah secara praktikal yang mana ia turut disertai oleh Presiden ABIM, Amidi Abd Manan. Sebelum itu beliau turut berkongsi amanat serta harapan beliau bersama dengan para peserta.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR