ABIM Kuala Muda Anjur Program “Kelestarian Alam” Sempena Hari Sukarelawan Sedunia

January 21, 2022
editor@abim

ABIM KUALA MUDA ANJUR PROGRAM “KELESTARIAN ALAM” SEMPENA HARI SUKARELAWAN SEDUNIA

Alhamdulillah, telah berlangsungnya Program “Kelestarian Alam” di bawah anjuran Abim Kuala Muda dan Aspirasi Peduli Ummah dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Merbok.

Program ini diadakan pada 4hb Disember 2021 bersamaan hari Sabtu yang bertempat di Jeti Semeling.

Program ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan kepentingan hutan bakau kepada masyarakat serta memberi peluang kepada peserta untuk mendapatkan pengalaman berharga dengan menanam pokok bakau sendiri.

Tambahan lagi, program ini juga merupakan salah satu platform untuk mengumpulkan belia bagi menarik minat mereka dalam menjaga alam ini.

Program pemuliharaan ini melibatkan penanaman bakau yang disediakan dan lawatan ke Teluk Kedamsar bagi melihat sendiri pokok yang unik dengan penerangan dari Jabatan Perhutanan.

Turut hadir YB Nurin Aina Parlimen Merbok, YB Simon Ooi ADUN Bakar Arang, TYDP Abim Kuala Muda, Pengerusi ASPIRASI, serta Pegawai dari MPSPK, Jabatan Perhutanan, gabungan NGO MPSPK seperti Kelab Lestari Alam dan Kelab Pendidikan Puncak Lembah Bujang.

Program ini turut dihadiri oleh lebih 70 peserta yang berdaftar mewakili PKPIM, Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, Kelab Remaja dan lain-lain. S

emoga dengan adanya program ini dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya bakau dan kepentingan menjaga kebersihan sungai kepada masyarakat setempat dan alam sekitar.


Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR