ABIM Melaka Kecam Aksi Tidak Senonoh Individu Dalam Penganjuran Program Star Vendors Festival Melaka

May 31, 2023
Admin Abim

ABIM MELAKA KECAM AKSI TIDAK SENONOH INDIVIDU DALAM PENGANJURAN PROGRAM STAR VENDORS FESTIVAL MELAKA

ABIM Negeri Melaka mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur swasta yang membiarkan aksi tidak senonoh individu di dalam program Star Vendors Festival Melaka yang diadakan pada 28 Mei 2023, di Melaka International Trade Centre.

Hal ini merujuk kepada hantaran video yang tular di media sosial berkait seorang individu mempamerkan aksi yang bersifat sensual dan menjijikkan di hadapan penonton yang terdiri daripada ibu bapa dan kanak-kanak.

Insiden sebegini selain memberikan imej yang buruk kepada Negeri Melaka dan bertentangan dengan norma masyarakat setempat, ia juga meruntuhkan nilai hormat dan keyakinan yang menjadi teras pembinaan Malaysia Madani.

Penganjur program hiburan perlu berwaspada dalam memilih individu yang bakal membuat persembahan agar insiden sebegini yang bercanggah dengan norma dan budaya setempat masyarakat, tidak berulang.

ABIM Negeri Melaka menggesa agar Pihak Berkuasa Tempatan mengambil tindakan yang sewajarnya berhubung insiden ini sebagai satu bentuk pengajaran.

Dr Mohd Nurishaq Bin Mohd Fauzi, Yang Dipertua, ABIM Negeri Melaka.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR