ABIM Minta Syarikat Malaysia Terlibat Dalam Urusniaga Dengan Israel putus hubungan

October 18, 2015
editor-media

SHAH ALAM, 16 OKT: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengutuk serangan berterusan dilancarkan Israel ke atas bumi Palestin mengakibatkan kemusnahan dan pembunuhan rakyatnya. Presidennya, Mohamad Raimi Md Rahim, berkata siri pencerobohan itu adalah pencabulan hak asasi manusia yang sengaja dilakukan Israel ke atas Tebing Barat dan Jerusalem. Katanya, ABIM memandang serius perkara itu dan telah menyatakan bantahan dengan berhimpun di hadapan Kedutaan Amerikat Syarikat (AS) di Kuala Lumpur.

“ABIM mendesak kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk serangan dilakukan Israel ke atas Palestin. “Kita meminta syarikat di negara ini yang mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan Israel agar memutuskan hubungan berkenaan,” katanya kepada Selangor Kini. Selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Raimi berkata ABIM senada dan menyertai kempen global, Boikot, Penjualan dan Sekatan (Boycott, Divestment and Sanctions (BDS)) yang meningkatkan tekanan ekonomi dan politik ke atas Israel.

BDS adalah kempen dimulakan pada 9 Julai 2005 membabitkan 171 NGO Palestin untuk menyokong perjuangan rakyatnya bagi memboikot, penjualan dan sekatan antarabangsa terhadap Israel. Kempen dijalankan juga supaya Israel mengakhiri pendudukan dan penjajahan ke atas bumi Palestin, memberikan kesaksamaan penuh untuk warga Arab-Palestin di Israel dan menghormati hak pelarian Palestin untuk kembali ke negaranya. Sumber;- Akhbar Selangor Kini.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo