ABIM Pahang, Johor & Selangor Ganding Bahu Bantu Mangsa Banjir Di Segamat & Batu Pahat

March 18, 2023
Admin Abim

ABIM PAHANG, JOHOR & SELANGOR GANDING BAHU BANTU MANGSA BANJIR DI SEGAMAT & BATU PAHAT

Alhamdulillah, sejak 4hb Mac 2023, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pusat, ABIM Kedah, ABIM Pahang, ABIM Johor dan ABIM Selangor bersama ADAB Youth Garage (AYG) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia telah menggerakkan misi bantuan banjir di Johor.

Pada 13hb Mac 2023 (Isnin), ADAB Youth Garage turun untuk kali ke-2 ke Batu Pahat, menyampaikan keperluan buat mangsa banjir, kali ini di Kampung Sri Medan. Keperluan yang dibawa adalah set toto, cadar dan selimut serta ‘water jet’ untuk manfaat kepada 50 buah keluarga. Sumbangan orang ramai ini telah diserahkan kepada pemimpin akar umbi tempatan di sana.

Para sukarelawan AYG juga sempat bertemu dengan Imam Masjid Al-Hikmah, Parit Singgahan 4 bersama beberapa orang ahli jawatankuasanya yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir dilokaliti qariah mereka.

Pada 11hb Mac 2023, Global Peace Mission (GPM) Malaysia dengan kerjasama ABIM Johor menyampaikan bantuan banjir di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Sri Gading, Batu Pahat; Pusat Operasi Banjir, Sri Medan, Batu Pahat; dan SMK Sri Medan.

Antara bantuan yang disampaikan adalah 50 pek ubat gigi; 100 batang berus gigi; 70 pek tuala wanita; tudung; barang masakan (untuk 400 orang makan); serta alatan mandi (baldi dan gayong).

Pada 9hb Mac 2023 (Khamis), ABIM Pahang membantu mencuci kawasan sekitar Segamat, di samping menghantar bekalan ayam segar dan makanan di Batu Pahat.

WADAH-ABIM-PEPIAS (WAP) Selangor; ADAB Youth Garage (AYG) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia turut menyampaikan sumbangan kepada 383 orang mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Sri Bengkal, Batu Pahat dalam bentuk barangan pakaian, tilam dan tuala wanita. Mereka juga mengedarkan bantuan ke PPS Parit Jelutong bersama Skuad Prihatin ABIM Batu Pahat.

Pada 8hb Mac 2023, Ustaz Hafiz Mustafa Lubis (Timbalan Pengerusi Syura WADAH-ABIM-PKPIM Kedah) bersama sahabat-sahabat turut turun ke Johor dari Kedah, untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor.

Pada 7hb Mac 2023 (Selasa), ABIM Johor telah mengagihkan serahan sumbangan banjir berbentuk makanan kering di Kampung Spang Loi, Batu Anam, Segamat. Terima kasih kepada para penyumbang dan sukarelawan daripada Maahad Tahfiz Sains Darul Ilmi, Gelang Cincin, Segamat. Penyerahan sumbangan banjir turut dibuat di RnR Yong Peng kepada penduduk sekitar yang terkandas di sana.

Selain itu, ABIM Johor juga menggerakkan bantuan banjir di Pusat Pengumpulan TASKI Parit Raja, Taman Maju, Batu Pahat sekitar jam 1 pagi, 7hb Mac 2023 (Selasa). Terdahulu, pada 6hb Mac 2023 (Isnin), ABIM Johor telah melakukan serahan sumbangan serta bantuan kepada mangsa banjir di PPS Felcra Sri Wangi, Sri Medan, Batu Pahat.

Pada 4hb Mac 2022, ABIM Johor menyampaikan bantuan tilam/toto, selimut dan lampin bayi di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat, Johor.

•••

Ayuh bersama-sama kami membantu meringankan beban mereka. Sumbangan boleh disalurkan melalui :-

Tabung Prihatin

Bank Islam: 01014010045659

Rujukan : banjir@johor

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi kami di talian

📞 Pejabat Sekretariat :

http://www.wasap.my/60184740443/SumbanganBanjir2023

📞 Ketua Sekretariat :

http://www.wasap.my/60137890079/SumbanganBanjir2023

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR