ABIM Perak Santuni Mangsa Ribut, Puting Beliung

February 21, 2022
editor@abim

ABIM PERAK SANTUNI MANGSA RIBUT DI PERAK

6hb Februari 2022 Ahad: Alhamdulillah, bantuan telah disampaikan oleh ABIM Perak kepada mangsa rumah yang terkena ribut bersama GPM Perak, Wadah Perak dan KPIP.

Sebanyak 219 buah rumah terjejas akibat ribut pada Januari lepas, iaitu 30 rumah di Desa Seri Chepor, 49 rumah di Kampung Tawas dan Kampung Tasek Damai, 30 rumah di Klebang dan 110 buah di Taman Desa Impian.

Semoga sumbangan yang kecil ini dapat meringankan beban mereka. Kami hanya menyampaikan sumbangan dari masyarakat.

Sejahterakan Perak dengan Dakwah!


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR