ABIM Perlis Terlibat Penganjuran Program Warna-Warni Bahasa Di Kuala Perlis

July 19, 2022
editor@abim

ABIM PERLIS TERLIBAT PENGANJURAN PROGRAM WARNA-WARNI BAHASA DI KUALA PERLIS

Alhamdulillah, pada 2-5hb Julai 2022, ABIM Perlis telah terlibat dalam penganjuran Program Warna-Warni Bahasa di Kampung Tandiap, Kuala Perlis bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis, Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis.

Turut sama terlibat dalam program ini ialah Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara.

Paling istimewa ialah keberangkatan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang telah berkenan untuk menyempurnakan perasmian penutupan dan seterusnya mengurniakan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Keberangkatan baginda diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran.

Antara lain, program ini bertujuan bagi menyerlahkan lagi kawasan Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai Kuala Perlis sebagai sebuah destinasi pelancongan di negeri Perlis yang semakin popular dalam kalangan pelawat dari dalam dan juga luar negeri.

Selain itu, ia diadakan untuk menarik minat dan kesedaran masyarakat memupuk rasa cinta dan megah akan bahasa kebangsaan, mencungkil bakat baharu dalam kalangan pemuzik jalanan dari segi penghasilan lirik dan gubahan lagu yang bermutu dalam bahasa Melayu, selain menjalinkan sinergi dengan pelbagai pihak demi memartabatkan bahasa Melayu.

•••

Sumbangan anda amat bermakna. Klik: https://www.billplz.com/kssb1443H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR