





ABIM PUSAT TERIMA KUNJUNGAN AKTIVIS NGO ATAA RELIEF SYRIA
21hb September 2022 (Rabu): Alhamdulillah, Sekretariat ABIM Pusat (SAP), Gombak telah menerima kunjungan para aktivis Ataa Relief Syria di Bilik Syura, SAP. Mereka disambut oleh Timbalan Presiden ABIM, Sdra. Mohd Khairul Anwar Ismail dan Setiausaha Agung, Sdra. Mohammad Fazril Mohd Saleh.
Delegasi ini turut berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Persidangan Antarabangsa Kosmopolitan Islam sempena Muktamar Sanawi ABIM ke-51. Program berlangsung pada 17hb September 2022 (Sabtu) di Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Selangor. Pada 19hb September 2022 (Isnin).
Mereka turut berperanserta dalam ‘Program Syarahan Perdana: Amanat Buat Para Pembebas Tanah Syam’ yang dianjurkan oleh Malaysia for Syria (MFS) dengan kerjasama MyAqsaDefenders (MyAD) di Hotel Tamu, Kuala Lumpur.
Pada 19hb September 2022 juga, mereka terlibat membuat perkongsian dalam ‘Sidang Meja Bulat Berkenaan Syria: Konflik Yang Berlaku Di Syria, Kesannya & Harapan Untuk Negara Tersebut’ di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak. Kemudian, pada 20hb September 2022, bertempat di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC-IIUM), delegasi ini turut menyertai ‘Persidangan KL Berkenaan Syria: Harapan Sebuah Negara’.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/
