ABIM Rakam Penghargaan Atas Kesudian Majlis Agama Negeri Sambut Baik Saranan Nilai Semula Kadar Bantuan

June 30, 2022
editor@abim

UCAPAN TERIMA KASIH

Alhamdulillah, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menzahirkan ucapan penghargaan di atas kesudian dan keprihatinan pihak Majlis Agama Negeri-negeri dan Pusat Zakat Negeri-negeri untuk mempertimbang serta menyambut baik saranan ABIM bagi menilai semula kadar bantuan melalui penambahbaikan had kifayah zakat.

Berdasarkan rekod setakat ini, antara yang menyambut baik saranan ABIM termasuklah Zakat Pulau Pinang (ZPP), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Adat dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Seperti yang kita sedia maklum, peningkatan kos sara hidup dilihat semakin membebankan menjelang 1 Julai 2022 susulan beberapa dasar-dasar baharu yang diumumkan pihak kerajaan.

ABIM optimistik menerusi langkah-langkah penambahbaikan ini akan dapat merealisaskan tujuan zakat iaitu menyempurnakan amanah dengan saling bantu sesama Islam dengan memenuhi hajat dan keperluan mereka yang memerlukan.

Muhammad Faisal Abdul Aziz, Presiden ABIM.

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR