
5 Mei 2021, Kajang : – ABIM tekankan fokus untuk isu Hijau bukan hanya menyentuh isu memelihara alam sekitar dari pencemaran tetapi lebih besar dari itu iaitu menjawab persoalan krisis iklim serta membina sebuah masyarakat lestari (sustainable society).
Demi masa depan kualiti hidup masyarakat kini dan generasi mendatang, kita harus bersiap dengan kesedaran dan tindakan membawa agenda kelestarian hidup bersama sebagai tanggungjawab kita menghargai alam.
Ini selaras dengan tindakan kita memahami dan memaknai firman Allah dalam surah Ghafir
“Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.
Ini termasuk mengemukakan projek-projek alternatif seperti Projek Pilot Waqaf Solar KDH bagi memastikan limitasi sumber alam dihormati sebagai paksi kita mengangkat tema keadilan iklim.
Kolej Dar al-Hikmah telah berjaya meluncurkan Kempen Dana Hijau- Projek Pemasangan Panel Solar.
Majlis telah diserikan dengan ucaptama oleh Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Bina Ilmu, Prof. Madya Dr. Zulkifli Hasan dan penyempurnaan perasmian oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Aziz. Majlis ini telah disempurnakan dengan penyerahan bunga (gambar atas) sebagai simbolik betapa ia tumbuh hasil bersumberkan daripada sinaran matahari.
Didoakan semoga kempen ini mendapat dukungan semua menerusi sumbangan untuk projek Waqaf Solar Kolej Dar Al-Hikmah ini menerusi butiran berikut :.
Butiran : Pemasangan Panel Solar untuk Kolej Dar al-Hikmah, Kajang

