ABIM SABAH ANJUR FUTSAL SANTAI DI RANAU - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM SABAH ANJUR FUTSAL SANTAI DI RANAU

ABIM SABAH ANJUR FUTSAL SANTAI DI RANAU

12hb Februari 2022: Alhamdulillah, skuad Futsal ABIM Sabah bersama 5 buah pasukan futsal belia dari Kampung Marakau, KAFA Ranau, Kelab Anak Muda Pekan Ranau (KAMPAR), Kelab Belia Lohan Ulu (KABALAN) dan Kelab Belia Gerak Aktif Kampung Libang (LIBARA) mengadakan aktiviti futsal santai belia sihat di Ranau Futsal Extreme Kampung Marakau, Ranau.

Sesi futsal santai ini salah satu lagi aktiviti dalam Kembara Amal Belia Harmoni Siri 1 bagi membudayakan aktiviti gaya hidup sihat melalui sukan seperti futsal dan salah satu platform mendekati belia dan anak muda yang meminati sukan futsal.

Melalui sukan juga ia mampu membina ukhwah dan jaringan melalui komunikasi dan interaksi sosial antara belia.

β€œBelia Berilmu, Peduli dan Berbakti”


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti