ABIM Sambut Baik Pembatalan Debat Kalimah Allah Sinar Harian - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Sambut Baik Pembatalan Debat Kalimah Allah Sinar Harian

Tahniah buat Sinar Harian atas keputusan membatalkan “Perdebatan Hujah Isu Kalimah Allah Dari Perspektif Undang-Undang”. Dalam menangani isu ini, masyarakat hanya mahukan penyelesaian bukan menambah kekalutan apa lagi jika menerusi debat ini akan mempertajam pertembungan. 

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) tidak pernah menutup sebarang ruang perbincangan atau wacana tetapi ia harus didasari dengan objektif untuk permasalahan pokok tersebut diselesaikan dengan pendekatan ilmiah dan bukan pertembungan emosi & politik.

Semoga kita terus ikhlas untuk memandu jalan penyelesaian dan tidak menari mengikut rentak gendang yang palu oleh ahli politik tertentu yang sudah diketahui sengaja mahu mengambil kesempatan demi keuntungan politik mereka.:- Muhammad Faisal Abdul Aziz, Setiausaha Agung ABIM. 

#sinarharian #shnasional #shsemasa #kalimahallah