ABIM Sambut Baik Surat Pekeliling Ikhtisas KPM berkenaan Pembukaan Sekolah

March 10, 2023
Admin Abim

Kenyataan Media ABIM

10hb Mac 2023

ABIM SAMBUT BAIK SURAT PEKELILING IKHTISAS KPM BERKENAAN PEMBUKAAN SEKOLAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 5 Tahun 2023 berkenaan pembukaan sekolah dan aktiviti minggu pertama yang menekankan nilai-nilai murni dan progresif dalam kalangan pelajar.

ABIM menyatakan bahawa SPI ini adalah bersesuaian dengan gagasan Malaysia Madani, selain hasrat KPM dalam mengangkat karamah insaniah (kemuliaan Insan).

ABIM menegaskan bahawa Reformasi pendidikan wajar bermula daripada amalan menekankan soal nilai murni bermula hari pertama persekolahan, dan diteruskan sehingga ke akhir sesi persekolahan.

Justeru, ABIM mengajak para guru dan masyarakat untuk mengambil peluang dan ruang untuk beranjak daripada sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan kepada sistem pendidikan berorientasikan perkembangan.

ABIM juga menyokong penekanan kepada nilai serta perpaduan, memandangkan masyarakat telah berkecamuk dengan pelbagai isu politik dan kegalauan nilai di luar pagar sekolah yang tidak berkesudahan.

Zairudin Hj Hashim, Naib Presiden ABIM.

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR