ABIM Sekali Lagi Diiktiraf Sebagai Pertubuhan Belia Bertaraf Lima Bintang - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

ABIM Sekali Lagi Diiktiraf Sebagai Pertubuhan Belia Bertaraf Lima Bintang

25 November 2015, PWTC, Kuala Lumpur. Alhamdulillah. Haza Min Fadhli Rabbi. ABIM serta ABIM Negeri Kelantan telah menerima penarafan lima bintang dari Kementerian Belia & Sukan (KBS) menerusi penilaian MyKD untuk tahun 2014. Penarafan ini dibuat berdasarkan kepada kriteria-kriteria pengurusan dan pentadbiran yang ditetapkan KBS. Alhamdulillah, ABIM telah menerima anugerah ini buat kali kedua berturut-turut (2013-2014).