ABIM TAMPIN LANCAR SUKAN WARGA DI FELDA PASIR BESAR

August 26, 2022
editor@abim

ABIM TAMPIN LANCAR SUKAN WARGA DI FELDA PASIR BESAR

23hb Ogos 2022: Alhamdulillah, telah berlangsung perasmian SWAT (Sukan Warga ABIM Tampin) di Surau Peringkat 4, Felda Pasir Besar. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan bacaan al-Ma’thurat.

Seterusnya, Sdra. Muhammad Farhan Pilus menyampaikan sedikit perkongsian tentang memanah dan semua hadirin amat teruja mendengar perkongsian beliau.

Majlis diteruskan lagi dengan penyerahan jersi khas ABIM Tampin kepada semua ahli SWAT sebagai simbolik perasmian program yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ABIM Tampin, Dr. Muhammad Iqbal Ibnu Arifin.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR