ABIM TAMPIN MUNCUL JUARA KEJOHANAN PETANQUE TERTUTUP

January 1, 2023
Admin Abim

ABIM TAMPIN MUNCUL JUARA PETANQUE TERTUTUP

25hb Disember 2022 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM Tampin telah menyertai Pertandingan Petanque Tertutup anjuran pihak Surau Kampung Pondoi. Pertandingan telah disertai sebanyak 10 pasukan yang turut disertai oleh pasukan ABIM Tampin dan juga SWAT (Sukan Warga ABIM Tampin).

Program ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang. Pasukan ABIM Tampin berjaya menjadi johan untuk pertandingan yang pertama kali dianjurkan oleh Surau Kampung Pondoi manakala pasukan SWAT berjaya menduduki tempat ketiga untuk kejohanan ini.

Tahniah diucapkan kepada para peserta dan urusetia penganjur yang terlibat.

ABIM TAMPIN ANJUR SESI PERKONGSIAN SUKAN PETANQUE DI MELAKA

Kemudian, pada 26hb Disember 2022 (Isnin), kecemerlangan memenangi Johan Pertandingan Petanque Tertutup anjuran pihak Surau Kampung Pondoi, diteruskan dengan perkongsian ilmu sukan Petanque oleh ABIM Tampin di Pusat Dakwah dan Tarbiyah (PDT) WADAH-ABIM-PEPIM Melaka.

Walaupun sukan ini nampak santai tetapi ia tetap sukar dan pemain perlu memiliki skil dan perancangan strategi yang rapi.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR