ABIM TAMPIN TAMPIL DALAM PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH





ABIM TAMPIN TAMPIL DALAM PERLAWANAN AKHIR KEJOHANAN BOLA SEPAK 7 SEBELAH
18hb Disember 2022 (Ahad): Alhamdulillah, telah diadakan Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah peringkat Kampung Pondoi di mana ABIM Tampin turut menghantar wakil. Pada peringkat kumpulan, ABIM Tampin berjaya menjadi johan kumpulan dan layak ke separuh akhir.
Seterusnya perlawanan diteruskan dengan pusingan separuh akhir dan keputusan memihak ABIM Tampin.
Pada aksi Akhir, ABIM Tampin terikat keputusan seri sehingga keputusan penuh dan perlawan diteruskan melalui keputusan sepakan penalti, ABIM Tampin terpaksa akur tewas 3-2 dalam acara sepakan penalti.
•••
Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444h
Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/