ABIM Tampin Terlibat Penganjuran Jom Fit Dakwah Di Gemencheh

March 15, 2022
editor@abim

ABIM TAMPIN TERLIBAT PENGANJURAN JOM FIT DAKWAH DI GEMENCHEH

12hb Mac 2022: Alhamdulillah, bertempat di Taman Impian Jaya, Gemencheh, Dr. Iqbal Arifin , Yang Dipertua ABIM Daerah Tampin telah mewakili YB Datuk Dr. Hasan Bahrom, Ahli Parlimen Tampin merasmikan Program Jom Fit Dakwah anjuran Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan, KRT Taman Impian Jaya dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Jom Fit Dakwah ialah program pengenalan dan praktikal kepada aktiviti senaman yang betul disamping menerapkan elemen Dakwah masa kini.

ABIM Tampin berpeluang melaksanakan aktiviti bersama ITQAN dan masyarakat setempat dan turut menyampaikan sumbangan Pejabat Parlimen Tampin RM1,000 bagi menjayakan program ini. Semoga dapat diteruskan dan Tahniah ITQAN dan KRT Taman Impian Jaya, insya Allah.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR