4 April 2015, UTM Jalan Semarak, Kuala Lumpur:- Setiausaha Agung, Muhammad Faisal Abdul Aziz mewakili ABIM dalam Himpunan Belia Tolak Ekstremisme. Program ini menghimpunkan 40 pertubuhan belia dari seluruh negara untuk menyatakan sikap menentang gejala ekstremisme sepertimana yang diketengahkan sesetengah pihak seperti IS.
Dalam ucapan ketika himpunan itu, Saudara Muhammad Faisal menegaskan belia perlu sentiasa merujuk ulama’ seperti Prof Dr Sheikh Yusuf Al-Qaradawi agar sentiasa berada dalam kerangka kesederhanaan serta terjebak ke dalam gejala ekstremisme. Turut hadir dalam program tersebut ialah YB Dato’ Seri Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri) dan YB Khairy Jamaluddin (Menteri Belia Dalam Sukan).
Kempen Belia Menolak Ekstremisme #DSZH #KDN #KJ #BELIA
Posted by Zahid Hamidi on Saturday, 4 April 2015