Aifa Azman muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021 - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Aifa Azman muncul juara Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021

UCAPAN TAHNIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan syabas buat pemain skuasy remaja negara Aifa Azman yang muncul juara dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2021.

Dalam masa 30 minit, Aifa mengetepikan pilihan utama kejohanan dari Mesir, Salma Hany yang merupakan pemain no. 8 dunia untuk menang secara ‘straight sets’ 12-10, 11-8, 11-4, di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil.

Aifa yang berada di ranking 69 dunia layak beraksi dalam kejohanan berkenaan melalui tiket wildcard, sebelum itu mengejutkan pemain no. 19 dunia, Danielle Letourneau.

Kenali dan sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio

#DemiMalaysia