Aktivis Muda ABIM Negeri Sembilan Juara Tilawah Al-Qur'an Asia Tenggara. - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Aktivis Muda ABIM Negeri Sembilan Juara Tilawah Al-Qur’an Asia Tenggara.

4 Mei 2016, Bangkok, Thailand:-Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat saudara Muhamad Husaini Mahmur kerana dinobatkan sebagai johan Tilawah Al-Quran Peringkat ASEAN di Bangkok, Thailand. Beliau adalah aktivis muda ABIM Abim Negeri Sembilan yang giat berdakwah menerusi cabang kesenian seperti qasidah di samping menjadi sukarelawan dakwah ke Pulau Kokos, Australia, pada tahun 2014. Beliau yang merupakan pemenang tempat ketiga pada Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun Ini.