Aktivis WADAH-ABIM-PKPIM Hadiri Muzakarah Ulama Umara Di Shah Alam

May 30, 2023
Admin Abim

AKTIVIS WADAH-ABIM-PKPIM HADIRI MUZAKARAH ULAMA UMARA DI SHAH ALAM

25hb Mei 2023: Alhamdulillah, aktivis WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) telah memenuhi undangan JAKIM ke Muzakarah Ulama Umara bersama Al-Imam al-Allamah Prof. Dr. Ali Juma’ah, Mantan Mufti Agung Mesir dan Al-Allamah Habib Umar bin Hafidz (Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustafa, Tarim, Yaman) sempena Festival Turath Islami Selangor.

Dihadiri oleh antara lain YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (Perdana Menteri); Menteri Besar Negeri Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari bersama Menteri Luar, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir; dan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Siddiq; Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar; YB Ustaz Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal, Negeri Selangor) serta para ilmuan dan cendekiawan turut hadir dalam muzakarah ini.

Syeikh Ali Jum’ah antara lain menyatakan perubahan yang baik oleh gandingan Ulama-Umara harus dimulakan daripada diri sendiri (ibda’ bi nafsi).

Beliau juga mengingatkan agar kita semua khususnya Ulama-Umara harus istiqamah pada waktu susah dan senang. Semoga negara kita terus dilimpahkan dengan keberkatan dan kemakmuran.

•••

Menyumbanglah seikhlas hati anda, walaupun RM1. Klik: https://www.billplz.com/kssb1444H

Dan sertai ABIM di sini: https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR