Al-Waraqat (Usul Al-Fiqh Mazhab Shafi’i) dan Tradisi Ilmu  - ABIM
angkatan belia islam malaysia (abim)
muslim youth movement of malaysia

Al-Waraqat (Usul Al-Fiqh Mazhab Shafi’i) dan Tradisi Ilmu 

Al-Waraqat (Usul Al-Fiqh Mazhab Shafi’i) dan Tradisi Ilmu 

Tanpa tradisi ilmu Islam, kita umat Islam akan terhuyung-hayang berdepan gelombang-gelombang perubahan. Justeru, tradisi harus dihargai, sebab dengan tradisi ini kita masih mengekalkan identiti kita sebagai Muslim.

Namun, tradisi bukan tempatnya di rak-rak buku dan ulangkaji saja. Yang lebih penting ialah ia dikembangkan sesuai keperluan semasa, disalurkan kepada yang berhak.

Cuba kita tinjau keperluan pengembangan ilmu Islam ini dari perspektif Imam al-Juwaini. Apakah yang beliau fikirkan ketika menulis Waraqat ini?

Sudah tentu beliau berfikir tentang keperluan semasanya; meringkaskan, merumuskan, dan menyusun semula pendapat Usul Fiqh Imam al-Syafie yang berselerak dalam al-Umm, al-Risalah dan kitab-kitab lain. Ini cara beliau menghargai tradisi Imam al-Syafie.

Cara kita pula bagaimana? Allahumma yassir. 


Koleksi yang penting untuk memahami Usul Fiqh mazhab terbesar dalam Islam.

1. Al-Waraqat (Mazhab Shafi’i)

2. Mukhtasar Al-Manar (Mazhab Hanafi)

3. Risalah Sa’di (Mazhab Hanbali)

4. Al-Hibr (Mazhab Maliki)

Tersedia di https://linktr.ee/abimpressmydan/atau https://ilhambooks.com/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Sumber: Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi (Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat)