
Seluruh warga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Haji Abas Hj Awang, mantan Yang Di-Pertua ABIM Negeri Pahang yang telah pulang ke rahmatullah semalam, Jumaat, jam 10.26 malam.
Allahyarham yang juga seorang pendidik, pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan serta Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara. Beliau kemudiannya berkecimpung dalam politik dan pernah bertanding bagi Parlimen Bera dan Dun Lanchang, Pahang.
Jenazah telah disolatkan di Surau As-Sobah, Bandar Baru Bangi hari ini dan dikebumikan di Perkuburan Sg. Tangkas pagi tadi.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menerima segala khidmat serta baktinya untuk umat.
𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐋𝐈𝐀 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
