Almarhum Syeikh Dr. Muhammad al-Musayyar rahimahullah, ulamak Al-Azhar yang berjasa

November 12, 2021
editor@abim

Ayuh ikuti tulisan-tulisan Syeikh Dr. Muhammad al-Musayyar rahimahullah, ‘alim Azhari yang banyak mengupas isu-isu kontemporari. Banyak yang boleh kita pelajari daripada tulisan-tulisan beliau yang penuh manfaat dan kaya dengan semangat Islam dan izzah Islam.

Almarhum merupakan Profesor Aqidah Dan Falsafah yang tersohor di Universiti Al-Azhar, Mesir. Lahir pada tanggal 8hb Jun 1948 dan meninggal dunia pada tarikh 2hb November 2008.

Salah-satu tulisannya telah diterjemah oleh Ustaz Syafiq Ismail at-Tauhidi (Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat) dan telah diterbitkan ABIM PRESS dalam bentuk digital e-buku. Rahimahullah.

Pautan: https://drive.google.com/file/d/19jr-AHmfOS5Vx2gaybPH42T70zv_tiGr/view?fbclid=IwAR0278nsbQ6KlhXWuXstXb0AxNYZ_7fEu9f2LcvXe-v6TNzZ2kIJ8s06LSo


KANAK-KANAK: SEBIDANG KAIN PUTIH

Oleh: Shaykh Muḥammad al-Musayyar raḥimahullāh

Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail

“Tiadalah satupun daripada anak yang dilahirkan itu, melainkan dia dilahirkan dalam fitrah. Akan tetapi, kedua ibubapanyalah yang menjadikannya yahudi, kristian, atau majusi.”

Hadis ini diungkapkan Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam bagi memberi isyarat kepada kita tentang hakikat kanak-kanak bahawa kanak-kanak adalah bersih, suci, seperti kain putih, dan ia akan diwarnai dan dibentuk oleh persekitarannya.

Justeru, ia adalah amanah kepada kedua ibu bapanya agar membentuknya dan mencorakkannya.

E-buku kali ini kami mempersembahkan bahan bacaan bertemakan kanak-kanak atas rasa kepentingannya untuk dihayati umat ini.

Buku ini adalah karangan Syeikh Muḥammad al-Musayyar raḥimahullāh yang baik untuk dihayati oleh para ibu bapa sekalian, agar kita menginsafi kurniaan Allah kepada kita berupa anak-anak untuk kita mencorakkannya dengan baik, bukannya mengabaikan mereka, apatah lagi dewasa ini ada kedengaran kes ibu bapa mendera mereka sehingga ada yang meragut nyawa mereka.

E-buku ini kami sebarkannya sebagai bahan bacaan percuma agar kita sama-sama dapat membacanya, menghayatinya, serta merenunginya. E-buku ini boleh dikongsikan kepada sahabat-sahabat dan saudara mara, agar lebih ramai dapat manfaat.

Selamat membaca dan menghayati! Sebarang pertanyaan rujuk di: https://linktr.ee/abimpressmy

Boleh juga beli buku-buku terbitan kami di Shopee ABIM Press: https://shopee.com.my/abim_press

#ABIMPress #ABIMdiHatiku

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR