Almarhum Syeikh Dr. Musa al-Qarni Syahid dalam Penjara Saudi

October 16, 2021
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepergian Almarhum Syeikh Dr. Musa al-Qarni rahimahullah, ‘alim dan da’ie yang meninggal dunia syahid dalam penjara di Arab Saudi pada 13hb Oktober 2021 lalu.

Almarhum yang mendekam dalam penjara selama 14 tahun merupakan ulama’ lulusan PhD Usul Fiqh Universiti Islam Madinah, dan merupakan mantan Ketua Qism Usul Fiqh di Kuliah Syariah Universiti Islam Madinah.

Antara naskah tulisan beliau ialah ‘Murtaqa al-Wusul fi Tarikh ‘Ilm Usul’, kitab tentang sejarah perkembangan ilmu Usul Fiqh.

Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala merahmati Almarhum, dan menempatkan beliau di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

InnaliLlahi wainna ilayhi raajiuun.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 2A/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR
Logo