Banjir: ABIM Selangor & ABIM Kelantan Ganding Bahu Bantu Mangsa yang Memerlukan

March 1, 2022
editor@abim

Alhamdulillah, misi bantuan banjir Pantai Timur ABIM Selangor ke Kelantan bergerak dari Lembah Kelang pada 28hb Februari 2022 (Isnin). Selepas mengadakan pertemuan bersama ABIM Kelantan, mereka meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang dan Pasir Mas pada 1hb Mac 2022 (Selasa).

Yayasan Al-Khalifah bersama ABIM Selangor, ABIM Kelantan, PEPIAS, ADAB Youth garage (AYG) dan Global Peace Mission (GPM) Malaysia membantu mangsa banjir dengan turun ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS SK Lati, Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir (KKTM) Pasir Mas dan Surau Gual To’ Deh Rantau Panjang. Terdahulu, ABIM Kelantan menyantuni 136 mangsa banjir daripada 32 buah keluarga di PPS SK Bukit Jarum; Tok Uban dan Pasir Mas.

ABIM maklum tentang cuaca buruk yang berlaku di Kelantan antara 25 hingga 28hb Februari 2022, yang mana hujan lebat dan ribut melanda negeri ini. Kami mengambil langkah proaktif untuk menyediakan barangan bantuan untuk mangsa banjir untuk diagihkan. Namun jumlah ini pastinya tidak mampu untuk kami bantu mangsa banjir semaksimum mungkin.

Sehubungan itu, kami melancarkan kempen “Misi Bantuan Banjir Kelantan”. ABIM Kelantan juga membuka ruang kepada anda semua untuk sama-sama membantu bagi menyediakan pek kelengkapan bantuan melalui akaun:

MAYBANK ABIM NEGERI KELANTAN: 553104558713

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda juga boleh menghubungi: PUSAT TALIAN GERAK KERJA SOSIAL ABIM KELANTAN (01117253796)

Doakan urusan kami dipermudahkan, insya Allah. Allahu Musta’an! Terima kasih semua penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki untuk mereka yang memerlukan.


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR