Banjir: Laporan Semasa Agihan Misi Bantuan ABIM Kelantan

March 6, 2022
editor@abim

Banjir: Laporan Semasa Agihan Misi Bantuan ABIM Kelantan

1hb Mac 2022 (Selasa): Alhamdulillah, para sukarelawan ABIM Kelantan terus bergerak membantu mangsa banjir dengan turun ke beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di PPS SK Lati, KKTM Pasir Mas dan Surau Gual To’ Deh Rantau Panjang.

ABIM Kelantan turut menggerakkan Misi Bantuan Banjir di Daerah Tumpat pada 2hb Mac 2022 yang lalu. Misi Bantuan Banjir Kelantan di Tumpat ini tertumpu di Kampung Telaga Bata, Kampung Bendang Pok Yong, Kampung Geting serta Kampung Jubakar Pantai.

Misi kali ini membabitkan beberapa keluarga yang memerlukan bantuan dengan segera khususnya makanan kering, lampin bayi serta kit kebersihan. Semoga ABIM Kelantan terus utuh dalam menggerak belia.

Terdahulu, ABIM Kelantan turut dibantu oleh sahabat-sahabat daripada ABIM Selangor, PEPIAS, ADAB Youth Garage, Global Peace Mission Malaysia serta Yayasan Al-Khalifah.

Ayuh! Kami masih memerlukan sumbangan tenaga serta barang-barang keperluan daripada anda.

Klik: https://toyyibpay.com/tabungbanjirkelantan

Untuk sebarang pertanyaan lanjut anda juga boleh menghubungi:PUSAT TALIAN GERAK KERJA SOSIAL ABIM KELANTAN (01117253796).


Kenali & sertai ABIM di sini: https://abim.contactin.bio/ dan https://www.abim.org.my/daftar-keahlian-online/

#ABIMdiHatiku #GerakanIlmuDanBakti

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR