Bekas Ketua Editor Harakah, Ahmad Lutfi pulang ke kampung abadi

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas kepulangan ke Rahmatullah Almarhum Ahmad Lutfi Othman, pada 9hb Julai 2022 lalu.

Bekas Ketua Pengarang Akhbar Harakah itu meninggal dunia di Hospital UiTM Puncak Alam, dibawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk solat jenazah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana.

Sepanjang kerjaya beliau sebagai wartawan, Ahmad Lutfi pernah dua kali menerajui akhbar itu dan ketika itu pernah mencatat sejarah apabila akhbar dicetak lebih 300,000 naskhah bagi satu edisi sewaktu kemuncak era Reformasi.

Ahmad Lutfi, 59, dilahirkan di Kubang Pasu, Jitra, Kedah dan dilantik menjadi Ketua Pengarang Harakah sejak 2006 sehingga 2015. Ahmad Lutfi dimaklumkan meninggal dunia pada hari lahirnya yang ke-59.

Sebagai editor dan penulis yang banyak berjasa sepanjang perjuangan Reformasi, Almarhum merupakan seorang penulis oposisi yang gigih pernah mempunyai syarikat penerbitan sendiri iaitu Penerbitan Pemuda yang berpejabat di Medan Idaman Gombak menerbitkan beberapa majalah termasuk majalah Detik, Retak dan Tamadun.

Kita doakan keampunan dan kesejahteraan buat Almarhum. Semoga Allah Subhanahu wa-Ta’ala menempatkannya di sisi-Nya Yang Maha Pengasih.

Takziah buat seluruh ahli keluarganya. Innalillahi wainna ilayhi rajiun. Kita sedekahkan al-Fatihah sekudusnya.

#AlFatihah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR