Bekas Setiausaha Agung MOM Datuk Sieh Kok Chi meninggal dunia

July 21, 2022
editor@abim

UCAPAN TAKZIAH

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah di atas pemergian bekas Setiausaha Agung Majlis ¬Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi yang meninggal dunia, 17hb Julai 2022 (Sabtu) lalu pada usia 83 tahun.

Individu yang banyak memberi nasihat. Dedikasi terhadap tugas sukar diikuti individu lain.

Jasa mendiang terlalu banyak dalam arena sukan negara. Sepanjang bergiat aktif dalam MOM, Kok Chi menawarkan khidmatnya secara sukarela sejak 1974 sebelum dipilih untuk menjawat tugas sebagai Setiausaha Kehormat pada 1992.

Untuk rekod, Kok Chi menjawat tugas sbeagai Setiausaha Kehormat 1992 hingga 2013, diikuti Setiausaha Agung (2013-2015) dan penolong Setiausaha Agung MOM (2015-2018).

Takziah buat seluruh ahli keluarganya.

#Takziah

Share:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN :
SEKRETARIAT ABIM PUSAT
N0 6, JALAN TC 24/2
TAMAN CEMERLANG
53100 KUALA LUMPUR