
Satu bengkel advokasi media telah dianjurkan Teras Media ABIM bertempat di Gold Course Hotel, Klang. Bengkel ini melatih aktivis muda media dalam mendepani cabaran baru media diadakan dengan kerjasama Agenda Madani serta Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan (APDK) . Antara fokus yang diketengahkan adalah penulisan kreatif, etika kewartawanan, penguasaan media massa dan portal media. Bengkel ini diharap bakal melahirkan lebih ramai sukarelawan media yang lebih cekap dan professional.
