Buku Teks Tulisan Siti Nuur Afiqah Jadi Rujukan.
Antara buku-buku teks yang ditulis oleh Siti Nuur Afiqah.
Semoga langkah pertama ni menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih bermakna. Menulis bukanlah suatu yang mudah, namun menulis punya banyak kelebihan. Menulis juga medium luahan emosi dan ilham, serta berkongsi idea dan pengalaman yang akan kekal sepanjang zaman.
Menulis buku latihan pelajar juga suatu usaha yang tidak mudah kerana perlu kepada asas ilmu dan kefahaman topik. Tahniah dan syabas untuk Siti Nuur Afiqah Saleh kerana menulis beberapa teks yang dijadikan rujukan dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Antara buku latihan nukilan beliau diterbitnya menerusi siri buku latihan Praktis Gold dan pentaksiran bilik darjah khusus untuk pendidikan Islam.
“Menulis sememangnya antara cita-cita saya dari kecil. Maka,saya pun bertatih-tatih menulis buku latihan dulu,” jelas beliau yang aktif dalam aktiviti dakwah di sekitar negeri Johor. Beliau pernah diamanahkan sebagai Ketua Helwa ABIM Negeri Johor selama dua penggal
Siti Nuur Afiqah juga adalah warga pendidik Sekolah Seri ABIM Johor Bahru bersama suaminya yang juga pimpinan ABIM Negeri Johor. Bagi wanita lulusan Ijazah Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini, mengatakan:
“Allah tidak memerlukan kita untuk menjaga agamaNya, tetapi kita lah yang memerlukan Allah untuk menjaga nikmat iman dan Islam dalam diri kita. Kami lakukan ini bukan kerana kami lebih baik daripada kalian, tapi kami lakukan kerana kami mahu jadi baik di mata Tuhan”. Menerusi akaun media sosial peribadinya: beliau juga berkongsi petikan madah kata-kata berikut.
Berjuang bukan sahaja menyerang
Salah serang kita tempang
Berjuang bukan sahaja berperang
Asyik perang syaitan gembira tepuk girang
Berjuang mesti ada prinsip yang dipegang
mempertahankan segala tanpa tersisa walau sehelai sepinggang
Berjuang boleh dengan wang
Bukan diminta infaq lari tak nampak bayang
Berjuang perlu sabar walau disepak terajang
perlu banyak bertenang
Tidak terlalu kenyang
Tidak Ada bersenang-senang
tidak bangga dengan pujian menjulang
Tidak tertipu dek cabaran yang tak diundang
Tidak tersentak dengan kritikan bertandang
Tidak bertangguh apabila seruan berkumandang
Berjuang lah dengan hikmah Dan Kasih sayang
Berjuang hasilnya tak semestinya sekarang
Beburung pun tak segera nak hasilkan sarang